Kempen Internet Selamat @ SK Sungai Passai

18 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Oktober 2025, Jumaat, NADI Rantau Panjang telah melaksanakan Program Kempen Internet Selamat (KIS) bertempat di SK Sungai Passai, Sibu, Sarawak pada pukul 8.30 pagi sehingga 11.00 pagi. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran serta kefahaman murid tentang keselamatan dalam talian, ancaman-ancaman yang terdapat di internet dan langkah-langkah untuk melayari internet dengan selamat. Setiap peserta memberikan kerjasama dan respon yang baik semasa aktiviti berlangsung.

Objektif Program:

Tahap penglibatan peserta adalah sangat memuaskan kerana hampir keseluruhan murid terlibat secara aktif dalam setiap aktiviti yang dianjurkan. Berdasarkan maklum balas yang diperoleh, majoriti peserta menunjukkan kesedaran yang lebih tinggi terhadap kepentingan menjaga privasi akaun media sosial serta meningkatkan sikap berhati-hati ketika menggunakan internet.

Selain itu, peserta juga berjaya memahami langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan penipuan dalam talian. Secara keseluruhannya, kempen ini berjaya mencapai objektifnya dalam menyampaikan mesej penggunaan internet secara selamat, beretika, dan berhemah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali