Cashless Society Briefing NADI di Kuching

12 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

Tarikh & Masa : 11 & 12 Ogos 2025 | 8.00am - 1.00pm
Lokasi / Medium : Raia Hotel Convention Kuching, Sarawak
Peserta : NADI Terpilih Cashless Society
Keterangan Program :
MCMC telah menganjurkan Sesi Taklimat dan Perbincangan Inisiatif Cashless Society di Kuching, Sarawak bagi memperkukuh kerjasama dan penyelarasan antara pelbagai pihak dalam menjayakan agenda pembayaran tanpa tunai di Sarawak.

Sesi pertama melibatkan para Pengurus NADI untuk pelaksanaan Cashless Society Initiative Fasa 3 dan Program Cashless Society Train-the-Trainers (CS 3T), dengan fokus kepada perkongsian input mengenai kempen kesedaran dan promosi yang dijadual bermula pada 8 September 2025.

Perbincangan kemudiannya diteruskan bersama wakil Pejabat MCMC Sarawak, Kerajaan Negeri Sarawak termasuk Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT), Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (MPHLG), serta SiliconNet Technologies (S Pay Global). Turut hadir ialah wakil daripada Bank Negara Malaysia, Bank Islam, AEON Bank, Maybank, TM Unifi, dan TNG Digital Sdn Bhd.
#MCMC
#CashlessSociety

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali